amrullah@semarakniaga.com.my
SANDAKAN – BENARLAH kata pepatah, di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan.
Biarpun sedar diuji dengan pelbagai dugaan namun tetap gagah
menempuhi semuanya dengan reda.
Malah, kekuatan dan pengalaman yang dimiliki dimanfaatkan
sepenuhya untuk mengubah keadaan hidup kepada lebih baik.
Demikian gambaran kehidupan ibu tunggal, Izyani, 30, dan usaha
yang kini dilakukan demi meneruskan kelangsungan hidup bersama empat anaknya
yang masih kecil.
Izyani yang mengandung anak kelimanya berusia enam bulan kini
mengusahakan perniagaan nasi ayam ‘home made’ dari pondok barunya.
Terbaru, Izyani mula membuat promosi jualan nasi ayam secara
online di media sosial dengan ayat copywriting yang menarik.
Copywriting menarik yang dihantar oleh Izyani
Dengan berkat bantuan dari Yb frankie, Yb vivian
dan Abang J .. banglow 🏛️(pondok) kami terbina ..
syukur alhmdulillah ..
Demi meneruskan kehidupan dan
kelangsungan ..kami anak beranak.. saya
memohon pada semua agar bantu saya membeli ..
nasi ayam🍗🍚 .. yang saya niagakan . Dijamin
halal100% halal .. inshaaAllah..dijamin sedap ..
saya perlukan dana untuk setiap 2hari
kena ke hospital untuk cek/up
Nasi ayam stim
Nasi ayam panggang
RM6.00/SET
🏍️cod ikut jarak
(rm2-5)
start cod jam 9am sehingga selesai
Kesabaran anda keselamatan saya
😘support 💖anda amat saya hargai
💕Terima kasih kerana membeli
📞boleh hubungi saya 01173992668
Itu antara ayat promosi yang digunakan oleh Izyani bagi menarik perhatian pelanggannya.
Menurut Izyani, dia perlu bekerja keras memandangkan keadaan kesihatannya yang tidak menentu ditambah jadual pemeriksaan harian yang perlu dilakukan di Hospital Duchess of Kent (HDOK).
“Manatau ada yang mahu order dan rasa, hehe...
“Sebab setiap hari saya kena ke hospital untuk check tekanan darah. Ada masalah sikit tentang kesihatan.
“Jadi, kena pantau sebelum jumpa pakar bulan Ogos nanti,” katanya kepada Wide TV.
Kisah hidup Izyani sebelum ini tersebar di media sosial disebabkan rayuannya meminta bantuan RM1 bagi mengumpul dana membina semula pondoknya yang telah roboh di Kampung Perpaduan.
Wide TV membuat pendedahan mengenai perjalanan hidup keluarga tersebut yang berpindah randah sehingga beberapa kali menetap di kawasan setinggan di sekitar Sandakan.
Seakan merempat di negara sendiri, mereka pernah dihalau ketika menumpang di rumah rakan, terpaksa meninggalkan rumah sewa kerana tunggakan yang banyak dan rumah musnah dijilat api dalam tragedi kebakaran 2019.
Walau bagaimanapun, Izyani tetap bersyukur kerana diterima oleh penduduk Kampung Perpaduan untuk terus tinggal di perkampungan tersebut sampai hari ini.
-- Wide TV