TENTANG KAMI

TENTANG KAMI :

WIDE TV diasaskan oleh beberapa 'individu berpengalaman' dalam dunia penerbitan, penulisan, perniagaan, pengurusan acara dan muzik, bermula pada awal Januari 2020. 

Walaupun perkembangan agak perlahan pada permulaan, namun tetap konsisten bergerak mengikut perancangan. 

Kerjasama utuh di kalangan pengasas memberi langkah baru kepada Wide TV dan telah menerbitkan portal online sendiri iaitu www.wtvmedianews.com sebagai pltaform yang memiliki rangkaian global. 

Wide TV yang dimiliki sepenuhnya oleh Semarak Niaga Holding Sdn Bhd telah melengkapkan pakej Wide TV sebagai sebuah platform media sosial atau digital dan Semarak Niaga berperanan sebagai media cetak. 

Bagaimanapun, penularan Covid19 dan pelaksanaan PKP pada 18 Mac 2020 memberi sedikit kesan kepada pergerakan Wide TV. 

Namun, sepanjang PKP, PKPB & PKPP, Wide TV dapat menempatkan nama dalam masyarakat Sandakan sehingga dikenali dan mendapat 'followers' di facebook melebihi 46,100. 

Wide TV menjalankan kerja-kerja amal menerusi jalinan kerjasama dengan NGO kebajikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta ahli perniagaan bagi menyalurkan bantuan bekalan makanan asas kepada penduduk Sandakan yang terjejas sepanjang pelaksanaan PKP. 

Sehingga kini, Wide TV telah dikenali dalam kalangan pengamal media semasa di Sandakan & Sabah, malah telah diberi kepercayaan membuat liputan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke 16 yang lalu. 

Beberapa calon daripada pelbagai parti politik melanggan pakej yang ditawarkan oleh Wide TV sepanjang 14 hari berkempen. 

Wide TV bukan saja membuat liputan kempen PRN Sabah, malah dipanggil untuk membuat liputan Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah ke 16 di Istana Negeri, Kota Kinabalu bersama media tempatan. 

Pasca PRN, Wide TV meneruskan peranan sebagai pengamal media sosial yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat berbentu penulisan dan visual kepada warga Sandakan serta Sabah keseluruhannya. 

Kini Wide TV mempunyai pasukan yang besar dan akan mengembangkan sayap serta pengaruh ke luar daerah termasuk Kinabatangan dan Beluran sebelum mengorak langkah lebih jauh hingga meliputi seluruh Sabah.

Catat Ulasan

0 Ulasan