Komplot tenggelamkan isu Parlimen

 

Paparan gambar daripada facebook Mohd Fadli Salleh V

AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my

SANDAKAN - "YANG ada video, yang ada screenshot perbualan, gambar dan sebagainya, JANGAN SESEKALI reveal secara terbuka."

Kata-kata dalam hantaran facebook Mohd Fadli Salleh V atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Fadli benar-benar menimbulkan tanda tanya.

Persoalan yang timbul pastinya berkaitan dengan siapa individu dimaksudkan dan apa perbuatan yang dilakukan sehingga dikaitkan dengan 'keaiban'.

Mohd Fadli meminta agar netizen tahu membezakan antara aib individu dan aib awam kerana menurutnya semua orang patut menjaga aib individu.

"Gambar, video dan seumpamanya itu aib individu.

"Bukan itu yang kami perjuangkan. Bukan serangan individu, bukan memalukan individu.

"Tak payah cari publisiti murahan dengan sebar aib individu sesiapa.

"Aku secara peribadi tidak bersetuju dengan sesiapa jua yang sebarkan aib individu seperti ini," katanya dalam hantaran terbaru sebentar tadi.

Menerusi perkongsian itu, Mohd Fadli menyatakan terdapat mangsa yang mulai tampil dan menghubunginya bagi mendapatkan pembelaan.

Menurutnya, beliau sedang mengumpulkan bukti daripada mangsa yang sebelum ini malu dan takut untuk membuat pendedahkan kerana individu tersebut terlalu berpengaruh serta mempunyai ramai peminat fanatik.

Screenshot hantaran terbaru Mohd Fadli Salleh V

"Kes 4-5 tahun lepas pun mula timbul semula.

"Mangsa mula berani kerana barisan peguam, asatizah, influencer dan ramai orang memberi sokongan pada mereka melalui pendedahan kami," katanya.

Beliau turut menggesa agar orang ramai yang memiliki video berkaitan agar bersikap amanah dan tidak menyebarkannya secara terbuka.

Menurut beliau, selama berbulan mereka menyimpan bukti-bukti tersebut, namun beliau terkilan kerana apabila bahan bukti itu sampai kepada orang tidak bertanggungjawab maklumat itu terus sebar begitu sahaja.

Kenyataan Mohd Fadli itu seakan berkait dengan perkongsian influencer, Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang kerap bercerita mengenai gangguan seksual.

Malah, Akhi Fairuz turut menggunakan istilah 'kezaliman' dan perbuatan 'menzalimi' serta mengaitkannya dengan individu berimej agama.

Namun, kedua-dua public figure tersebut tidak menyatakan individu yang dimaksudkan dalam hantaran facebook mereka hari ini.

-- Wide TV

Catat Ulasan

0 Ulasan