MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com
SANDAKAN – USTAZ Ebit Lew (UEL) telah berkongsi satu berita duka di laman facebook rasminya pada hari ini yang mengatakan bahawa ayah beliau telah meninggal dunia.
Menurut perkongsian berkenaan, UEL dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untuk membawa jenazah ayahnya untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang sebelum dibawa ke Muadzam Shah, Pahang.
"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia.
"Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti ebit sampai yer.
"Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.
"Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama.
"Ya Allah, inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku." Luahan Ebit Lew dalam hantaran terbaru sebentar tadi.
Walau bagaimanapun, UEL tidak mengulas lanjut sebab utama ayah beliau meninggal dunia dalam perkongsian tersebut.
Namun begitu, pada 6 Julai lalu UEL memberitahu keadaan bapanya semakin lemah dan barah perut yang dihidapi berada di tahap akhir.
Ebit Lew merupakan tokoh agamawan yang dermawan dan sangat terkenal dengan kemurahan hatinya menggerakkan aktiviti kebajikan di negara ini.
Sebelum
ini Ebit Lew dilaporkan telah berjaya menjalankan aktiviti kemanusia di
Palestin yang mana tindakan beliau telah mendapat pujian oleh ramai pihak.
-- Wide TV