admin@semarakniaga.com
SANDAKAN
– PASUKAN keselamatan menembak mati dua lelaki disyaki ahli kumpulan Abu Sayyaf
di Pulau Timbang, awal pagi tadi.
Pasukan
keselamatan yang menjalankan operasi khas berbalas tembakan dengan kumpulan
berkenaan dalam insiden yang terjadi kira-kira jam 5 pagi tadi.
Difahamkan,
pasukan keselamatan menjalankan operasi bagi mengesan beberapa lagi ahli
kumpulan pengganas itu susulan daripada maklumat operasi khas di Taman Sri
Arjuna, Beufort, 8 Mei lalu.
Pasukan
keselamatan turut merampas senjata api yang digunakan oleh kedua-dua suspek di
lokasi kejadian.
Pegawai
dan anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi dalam keadaan selamat.
Pesuruhjaya
Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali mengesahkan kejadian itu dan akan mengadakan sidang
media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, 11 pagi sebentar lagi
berkenaan kes tersebut.
Ulasan
sidang media akan diulas hari ini di Wide TV Media News.
-- Sinar Harian | Wide TV