admin@semarakniaga.com
SANDAKAN - PELBAGAI usaha telah dilakukan di seluruh dunia bagi melawan dan menghentikan Covid-19.
Antaranya termasuklah penggunaan vaksin bagi mengawal penularan virus ini di samping mengurangkan risiko jangkitan dan menurunkan indeks kematian disebabkan wabak ini.
Baru-baru ini, ujian makmal dari Belgium mendapati antibodi Ilama berkemungkinan besar akan memainkan peranan kepada dunia dalam membanteras virus pembunuh ini.
Menurut penyelidik dari Pusat Bioteknologi Perubatan VIB-UGent di Ghent, Belgium, pihaknya memaklumkan antibodi yang diekstrak daripada seekor Ilama yang dikenali dengan nama “Winter” berjaya mematikan penularan COVID-19 termasuk variannya dalam satu ujian makmal.
Tambah, Ketua Pegawai Perubatan ExeVir VIB-UGent, Domunique Tersago, ujian ini menumpukan individu yang mempunyai sistem imunisasi lemah jika dijangkiti virus itu.
“Saiznya yang kecil membolehkan ia untuk mencapai sasaran hingga ke bahagian virus yang sukar diakses oleh antibodi biasa,” katanya.
Pencarian bagi rawatan Covid-19 itu adalah susulan kepada kajian yang dijalankan pada 2016 melibatkan penggunaan antibodi haiwan Ilama untuk melawan virus SARS dan MERS.
-- Wide TV | Era TV