admin@semarakniaga.com
SANDAKAN
– MISI prihatin dengan sumbangan penuh UstazUstazah.com bersama Skuad Antidadah
Daerah Sandakan dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sandakan selesai,
semalam.
Pengagihan sebanyak 200 bakul makanan menerusi Kempen Jejak Prihatin 2.0 kepada golongan kurang berkemampuan di 10 lokasi sekitar daerah Sandakan merupakan inisiatif Skuad Antidadah untuk membantu mengurangkan sedikit beban masyarakat Sandakan.
Bantuan
dalam bentuk barangan keperluan asas tersebut diagihkan ke Tanjung Batu,
Kampung Datu Teh, Kampung Bakau, Kampung Tinusa 2, Projek Perumahan Rakyat
(PPR) Taman Mesra, Batu Putih, Seguntur, Kampung Sinar Baru, PPR Sungai Manila
dan Gum Gum selama dua hari.
Lokasi
pertama yang dikunjungi adalah Tanjung Batu di mana 100 bakul makanan diagihkan
kepada 100 keluarga yang memerlukan di kampung tersebut.
Ketua
Kampung Tanjung Batu, Musa Awang mengucapkan terima kasih kepada yang
terlibat untuk menjayakan program bagi membantu golongan asnaf dan memerlukan
semasa pemberian bakul makanan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Batu.
“Kita
semua penduduk Tanjung Batu banyak-banyak berterima kasih di atas kedatangan Skuad
Antidadah, AADK dan Wide TV yang sanggup datang dalam keadaan
hujan, berpenat-penat masuk ke kampung”, katanya.
Menurutnya, sumbangan dalam bentuk penajaan bot yang diusahakan penduduk kampung oleh seorang ahli perniagaan, Datuk Asmawi Asa juga memperlihatkan keprihatinan terhadap keperluan penduduk di kawasan itu.
Jawatankuasa
Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Laut, Ismail Jumaat berkongsi pandangan tentang usaha agensi yang terlibat dalam membantu
komuniti kampung tersebut yang dirasa seperti tercicir.
“Kami bersyukur sangat-sangat sebab dapat bantu meringankan beban.
“Kampung
kami ni macam tercicir dari pembangunan, program dan lain-lain”, katanya.
Antara
penerima bantuan merupakan seorang bapa kepada anak Orang Kurang Upaya (OKU).
“Terima
kasih atas bantuan dari semua”, ujarnya berkali-kali dengan nada terharu.
Hari kedua, 100 lagi bakul makanan diagihkan kepada 100 keluarga dalam kawasan Parlimen Libaran yang melibatkan sembilan perkampungan iaitu Kampung Datu Teh, Kampung Bakau, Kampung Tinusa 2, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra, Batu Putih, Seguntur, Kampung Sinar Baru, PPR Sungai Manila dan Gum Gum.
Salah seorang penerima bantuan yang juga ibu kepada anak OKU, Jumiah Sayuni berharap kempen Jejak Prihatin diteruskan lagi pada masa hadapan.
“Dari
wakil ibu-ibu OKU, mengucapkan terima kasih kepada UstazUstazah.com,” katanya.
Penerima
bakul makanan terakhir pada hari kedua ialah penghidap angin ahmar, di mana separuh
daripada badannya telah lumpuh.
Pengerusi Skuad Antidadah Daerah Sandakan, Alden Martinez yang turut serta sepanjang program dua hari itu turut menyampaikan bantuan tersebut di Kampung Sinar Baru, Sandakan.
“Kami berbesar hati untuk sampaikan hasrat UstazUstazah.com dan disumbangkan kepada keluarga ini.
“Semoga bantuan yang kecil ini dapat meringankan beban mereka,” katanya.
Menurutnya, bantuan serta sumbangan NGO dan orang perseorangan seperti Datuk Asmawi sangat diperlukan dalam usaha bersama membela nasib golongan yang memerlukan.
Porgram tersebut turur disertai Ketua Pegawai AADK Sandakan, Aisyah Abdul Karim bersama enam pegawai dan kakitangan.
Sementara itu, Asmawi berkata, beliau berbesar hati dapat menyumbang dan membantu usaha dilakukan sukarelawan antidadah dalam mendekati masyarakat seterusnya menghulurkan bantuan.
"Semua tahu peranan Skuad Antidadah dalam memberi kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah.
"Namun begitu, peranan itu tidak menghalang mereka untuk melakukan kebajikan seperti yang telah dilakukan dalam siri Jejak Prihatin dan Jejak Prihatin 2.0.
"Selepas ini, sukarelawan ini terus bergerak ke kawasan lain dalam menjejaki golongan yang memerlukan," katanya.
Menurut Asmawi, usaha itu sama dengan apa yang beliau laksanakan selama ini dalam membantu masyarakat di kawasannya terutama Parlimen Libaran.
Tambahnya, matlamatnya juga suka menjejaki rakyat sehingga ke akar umbi, menyantuni belia dan warga emas, membantu kelompok asnaf termasuk mereka yang kurang upaya serta terlantar.
-- Wide TV