Terkini: Ole diberikan tiga perlawanan untuk menyelamatkan kariernya

Tiga perlawanan berikutnya harapan terakhir buat Ole

Muhammad Eddin Mohamad Yasin
admin@semarakniaga.com

Ole Gunnar Solskjaer telah dilaporkan mendapat talian hayat apabila diberikan peluang yang terakhir untuk memperbaiki prestasi pasukan kendalianya.

Talian hayat diperoleh Ole apabila telah diberikan tiga lagi perlawanan untuk menyelamatkan kariernya selaku pengurus Manchester United.

Ketua wartawan bola sepak Daily Telegraph, Jason Burt, melaporkan bahawa Ed Woodward dan Richard Arnold telah bertemu Ole Gunnar Solskjaer dan memberitahunya akan berita berita itu.

Namun, masih ramai yang ragu terhadap berita ini kerana ramai peminat percaya kerosakan telah berlaku.

Berita ini ternyata benar apabila Ole telah pun selesai mengendalikan sesi latihan di Carrigton sebagai persiapan menentang Tottenham Hotspur.

Bekas pengurus legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson kini menjadi sandaran terkuat Ole ketika ini turut hadir di pusat latihan Carrington bersama bekas pengerusi, Martin Edward.

“Ole Gunnar Solskjaer menamatkan sesi latihan di Carrington hari ini, Sir Alex Ferguson turut berada di sana”, menurut kenyataan Fabrizio Romana di Twitter.

“Manchester United bersedia memberinya peluang sekali lagi untuk perlawanan Tottenham & berpotensi untuk terus mengendalikan perlawanan Atalanta/City”, ulasnya lagi.

Sebelum ini khabar angin tersebar berhubung pemecatan pengurus Man Utd sebelum atau selepas perlawanan menentang Spurs.

Kini, talian hayat Ole bertambah kepada tiga perlawanan, jika menang akan ada perlawanan seterusnya untuk Ole dan jika tewas selamat tinggal.

-- Wide TV | The Sukan