Aktiviti bom ikan ditumpaskan Polis Marin Sandakan

Lapan lelaki ditahan kerana kegiatan mengebom ikan

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - SATU aktiviti bom ikan berjaya ditumpaskan oleh Pasukan Polis Marin Sandakan pada lewat petang semalam.

Aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan itu berjaya ditumpaskan pihak keselamatan di Utara Laut Pulau Billean.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan, DSP Rusdin Bin Banin berkata PPM Sandakan berjaya menumpaskan lapan orang lelaki dalam lingkungan umur 8 hingga 50 tahun atas kesalahan berkenaan.

Pemeriksaan lanjut telah dilakukan terhadap Bot jenis dan menemui beberapa peralatan yang disyaki digunakan bagi aktiviti mengebom ikan seperti detonator, botol kaca, mancis kayu, hos dan compressor.

Bukan itu sahaja, hasil pemeriksaan juga mendapati terdapat beberapa kilo ikan pelbagai jenis yang disyaki diperolehi dengan cara mengebom ikan.

Kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat IPD Beluran untuk tindakan lanjut.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM43,920.00 dan kes disiasat dibawah Akta Bahan Letupan 1957.

Pasukan Polis Marin menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan maklumat melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di nombor 013-9391197.

-- Wide TV | Pasukan Polis Marin W4 Sabah