Impian Sabah FC ke separuh akhir terkubur

Keputusan suku akhir kedua semalam berkesudahan Melaka 2-1 Sabah

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - IMPIAN Sabah FC ke separuh akhir Piala Malaysia 2021 musnah kerana tunduk kepada Melaka United 2-1.  

The Rhinos tumpas secara agreget 3-1, setelah perlawanan semalam berkesudahan dengan Melaka United 2 - 1 Sabah FC.

Gol pembukaan bagi perlawanan suku akhir kedua semalam menerusi Adriano Aparecido Narcizo seawal minit ke-3.

Melaka menggandakan jaringan pada separuh masa kedua apabila Sony Norde berjaya meletakkan jurang 2-0 pada minit ke 77.

Gol saguhati Sabah diperoleh pada minit - minit terakhir perlawanan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Risto Mitrevsk.

Walaupun Sabah hanya mampu memberikan saingan sehingga ke peringkat suku akhir sahaja, rata - rata penyokong amat berpuas hati dengan prestasi semasa Sabah FC.

"Pasukan sabah sudah di landasan terbaik cuma perlu ada pemain import yg boleh meledak gol", kata Helmy Syah di ruang komen posting Sabah Football Club.

"Tahniah smpai sukuakhir", kata Mozes Bin Limoi Mozes pula

"Tahniah Sabah FC, kipidap & dongibap Sabah Tanah Airku ðŸ’ª", kata Sobrin Supin juga di ruang komen berkenaan.

-- Wide TV