JHEAINS pantau aduan pasaraya campur produk Non-Halal

Ustaz Romzi (kanan) ketika membuat tinjauan di sebuah pasaraya di Sandakan

AMRULLAH ABDUL KARIM 
amrullah@semarakniaga.com.my 

SANDAKAN - CAMPUR produk halal dengan tidak halal di rak yang sama sehingga menimbulkan kekeliruan dan kegusaran pelanggan terutama orang Islam. 

Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah pasaraya besar di daerah ini dan dikongsikan di media sosial sebelum dibawa ke pengetahuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sandakan. 

Bertindak atas aduan tersebut, Penguatkuasa JHEAINS Sandakan diketuai Pegawai Tadbir Agama (PTA), Ustaz Romzi Rahman turun sendiri melihat keadaan itu di pasaraya yang dimaksudkan. 

Bagaimanapun, hasil tinjauan dilakukan mendapati aduan tersebut tidak benar.

Hantaran di Facebook Marjikin Marjikin

"Beberapa hari lalu, pihak JHEAINS Sandakan telah menerima aduan bahawa sebuah supermarket didapati bahawa meletakkan produk makanan tin yang halal dengan non halal di tempat yang sama. 

"Sejurus saja menerima aduan itu, PTA Ustaz Romzi Rahman turun padang bagi meninjau supermarket itu sendiri bagi mendapat kepastian sama ada betul atau tidak maklumat yang dikemukakan kepada pihak JHEAINS. 

"Hasil tinjauan, aduan yang dikemukakan kepada kami adalah tidak benar sama sekali," kata dipetik menerusi halaman Facebook JHEAINS - Sandakan Info & Berita hari ini.

Logo halal yang tidak diiktiraf

Menurur sumber tersebut, setelah meninjau pasaraya berkenaan, Ustaz Romzi meneruskan tinjauan ke beberapa pasaraya lain di sekitar Sandakan bagi memantau rak-rak produk makanan tin halal dengan produk makanan tin non-halal tidak diletakkan di rak yang sama. 

Berdasarkan imej yang dikongsikan di halaman Facebook JHEAINS, terdapat imej yang memaparkan hantaran dibuat Marjikin Marjikin mengenai perkara tersebut.



Antara produk yang menggunakan logo halal tidak diiktiraf 

"Agak mencurigakan makanan tin halal di letak kan di rak yg sama dengan makanan ting yg tidak halal di salah satu hyper market di daerah Sandakan... Masyarakat islam kena berhati hati...." katanya merujuk kepada imej berkenaan.

-- Wide TV

Catat Ulasan

0 Ulasan