admin@semarakniaga.com
SANDAKAN
– KEMALANGAN pacuan empat roda Toyota Hilux yang bertembung dengan sebuah lori di
kilometer 29, Jalan Tamparuli-Ranau mengorbankan seorang pemandu, semalam.
Mangsa
merupakan seorang kakitangan Jabatan Penjara Sandakan berusia 33 tahun, dimana
kenderaan dinaikinya dipercayai hilang kawalan menyebabkan perlanggaran dengan
sebuah lori di laluan bertentangan.
Ketua
Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata dalam
kejadian sekitar 12.30 tengah hari itu, seorang lagi rakan sekerja mangsa yang
berumur 43 tahun turut cedera di bahagian kepada dan masih mendapatkan rawatan
di hospital yang sama.
“Manakala
seorang tahanan lelaki yang duduk dibahagian penumpang belakang juga mengalami
kecederaan.
“Ekoran
kejadian itu, kenderaan mangsa merempuh bahagian depan lori dipandu seorang
lelaki berusia 45 tahun yang datang dari arah bertentangan”, ujarnya.
Tambahnya
lagi, siasatan lanjut masih dijalankan dan polis memohon saksi bebas yang
melihat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
-- Kosmo! | Wide TV