PATI diusir, cubaan ceroboh perairan negara

Cubaan pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki perairan negara

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - SEBUAH bot yang dinaiki oleh seorang lelaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari Filipina diusir oleh pihak berkuasa kerana cuba menceroboh masuk perairan negara, berhampiran Pulau Berhala lewat petang semalam.

DSP Rusdin Bin Banin dalam kenyataannya, memaklumkan operasi pengusiran tersebut dilakukan oleh sepasukan Polis Marin dari Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sandakan, kira-kira jam 4.30 petang.

“Semasa membuat rondaan dikawasan tanggungjawab, Pasukan Polis Marin Sandakan telah mengesan bot tersebut dalam keadaan yang mencurigakan dari perairan jiran yang memasuki perairan negara", kata DSP Rusdin.

"Hasil pemeriksaan polis, mendapati seorang lelaki dewasa berada di dalam bot dan mendakwa berasal daripada Pulau Taganak Filipina", tambah Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sandakan itu lagi.

Bot yang dinaiki PATI diusir pihak berkuara

Bot tersebut kemudiannya di usir keluar dengan diiring sehingga keluar dari perairan negara.

Pasukan Polis Marin Sandakan sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab menguatkuasakan kawalan pergerakan di kawasan perairan negara khususnya Sandakan.

"Hal ini bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membolosi persempadanan negara", tambahnya lagi.

-- Wide TV | Pasukan Polis Marin W4 Sabah