Polis Marin Sandakan gagalkan cubaan seludup petrol


Juragan dan awak - awak ditahan kerana seludup petrol

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan telah berjaya menggagalkan satu tindakan menyeludup keluar barang kawalan berupa petrol.

Barang kawalan berkenaan dibawa keluar tanpa sebarang permit daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Semasa pemeriksaan dijalankan ke atas bot tersebut mendapati terdapat dua orang lelaki iaitu juragan dan awak-awak yang berumur 40 dan 19 tahun berada di dalam bot.

Kedua - dua saspek telah diberkas di kawasan laut Gubbin Rock lewat petang semalam.

Menurut Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan Sabah, DSP Rusdin Bin Banin, sepasukan pegawai dan anggota yang sedang menjalankan tugas risikan di kawasan perairan tersebut mendapati bot suspek bergerak dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut mendapati terdapat barang kawalan iaitu minyak petrol", kata DSP Rusdin Bin Banin

"Jumlah keseluruhan rampasan termasuk bot adalah bernilai RM10,291.75", tambahnya lagi.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Jika terdapat sebarang perkara untuk dilaporkan berhubung kes penyeludupan boleh laporkan kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi WhatsApp ke 0139391197 atau berhubung terus dengan balai berdekatan.

-- Wide TV | Pasukan Polis Marin W4 Sabah