Pemandu Saga maut kerana tersepit dan terbakar separuh badan
MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com
SANDAKAN - SEORANG lelaki maut dalam satu kemalangan di Batu 37 Jalan Sook/Nabawan sekitar jam 10 pagi semalam.
Mangsa yang merupakan seorang lelaki berumur 61 tahun itu maut di tempat kejadian kerana tersepit dan terbakar separuh badan.
Siatan awal mendapati kemalangan berlaku kerana mangsa yang membawa Proton Saga cuba memotong kenderaan di hadapannya sebelum bertembung dengan Isuzu Dmax dari arah bertentangan.
Oleh kerana jarak yang terlalu dekat, kedua - dua pemandu gagal mengelak dan berlaku pertembungan sehingga menyebabkan Proton Saga dinaiki mangsa terpusing dan terbakar.
Pemandu dan tiga penumpang Isuzu Dmax dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Keningau.
Daripada siatan awal yang dijalankan dibawah seksyen 41(1) APJ 1987 mendapati bahawa kemalangan disebabkan oleh kecuaian Pemandu Proton Saga itu sendiri.
-- Wide TV | Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau