Mantan calon muda LDP sertai PBRS

Fazil rasmi sertai PBRS

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - MOHD Fazli Ajak sebelum ini telah mengumumkan dirinya telah keluar dari Parti Liberal Dimokratik (LDP) dan menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Mantan calon muda LDP Sekong itu telah menghantar borang kemasukan parti kepada Richard Kastum, Naib Presiden I merangkap Setiausaha Agung parti di ibu pejabat PBRS di Kota Kinabalu pada selasa lepas.

Beliau menyertai parti tersebut oleh kerana beliau pernah berkhidmat bersama Presiden PBRS iaitu Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

"Saya mengenali presiden dan AMT parti bukan sehari dua, dan saya banyak belajar daripada mereka sejak dari universiti lagi", katanya selepas penyerahan borang di Ibu Pejabat PBRS.

Keputusan beliau menyambung perjuangan bersama parti PBRS adalah setelah mengambil kira kemampuan dan kesungguhan itu dalam membawa perubahan di pedalaman sejak dari awal penubuhan sehingga kini.

"PBRS akan menjadi parti tempatan pilihan yang mudah menerima, komited dan berprinsip", kata Fazli lagi.

Beliau dijangka akan membentuk ajk penaja Bahagian PBRS Sekong yang merupakan satu lakaran sejarah buat PBRS di Parlimen Batu Sapi dan juga daerah Sandakan. 

Bukan itu sahaja, beliau yakin ini akan memperkukuhkan kedudukan PBRS dengan sokongan PBRS Bahagian Elopura dan Sungai Sibuga.

"Pembawaan cukup bersederhana tetapi fokus terhadap rakyat, ini yang kita perlukan di kawasan Sekong sudah pasti bersama-sama rakan parti komponen yang lain", tambahnya.

-- Wide TV

Catat Ulasan

0 Ulasan