SANDAKAN – MASUK hari ketiga adik
Dyg Norhayati Haji Adin, 19, masih belum pulang ke rumah selepas dipercayai
keluar sejak petang Isnin lalu.
Dyg Norhayati atau nama
timangannya, Dada gagal dihubungi sejak hari tersebut dan kata-kata terakhir yang
diungkapkan ketika menghubungi kakaknya adalah mahu meminta tolong.
Ungkapan itu jelas merisaukan ahli keluarganya
kerana selepas detik itu Dada tidak lagi dapat dihubungi sehingga ke hari ini.
Bapa saudara mangsa turut
memaklumkan bahawa Dada masih belum pulang.
“Dada belum balik lagi,” katanya
ringkas ketika dihubungi Wide TV sebentar tadi.
Perasaan bapa saudaranya masih
bercampur baur, namun tenang ketika menjawab panggilan Wide TV dan beliau
meminta maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih lanjut mengenai perkara
tersebut.
Berita kehilangan Dyg Norhayati
mula tular di media sosial sejak semalam dan telah mengundang pelbagai reaksi daripada
netizen termasuk ada yang memaklumkan pernah melihat kelibatnya di beberapa
lokaksi berlainan.
Bagaimanapun, kakak dan tunang
mangsa yang turut berkongsi maklumat mengenai kehilangan tersebut meminta orang
ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang hanya akan mengeruhkan keadaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
N53 Sekong, Alias Haji Sani juga meminta orang ramai untuk menghebahkan
maklumat kehilangan wanita tersebut.
“Tolong share kepada semua Fb dan Group whatsap. Mohon bantuan
kepada warga Sandakan yang dihormati.
“Anak ini telah tidak pulang ke rumah sejak
kelmarin petang..dan kali terakhir menghubungi kakaknya untuk meminta tolong
sebelum Hp nya tidak dapat dihubungi,” katanya dipetik daripada facebook rasmi beliau.
Menurutnya,
lokasi terakhir mangsa dilihat berada di sebuah kedai di kawasan flat MPS,
Karamunting.
Katanya,
baju yang dipakai oleh Dyg Norhayati ketika adalah jenis jersey berwarna biru, lengan
panjang dan tudung shawl warna pink belacan.
“Jika
ternampak atau ada yang tahu tentang remaja ini maka tolong whatsap atau
hubungi pembantu saya saudara Waimin Manjabil di No Hp 0138831757.
“Saya memohon bantuan kepada seluruh warga
Sandakan untuk dapat membantu kami menemui remaja Sekong ini.. ALlahul musta'an..” tambahnya.
Alias berkata, beliau telah menemui
keluarga mangsa bagi mendengar sendiri maklumat kehilangannya dan diberitahu
bahawa laporan polis juga telah dibuat.
Beliau memberi jaminan untuk membantu dalam usaha mencari mangsa dan mendoakan agar adik Dyg Norhayati dapat ditemui dalam keadaan selamat.