amrullah@semarakniaga.com.my
SANDAKAN – PENYUMBANG kepada program Wide TV Prihatin, Mazlan Mansor meninggal dunia jam 3.30 petang tadi akibat Covid-19.
Allahyarham merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Juara Travel & Tours disahkan positif Covid-19 sebelum ini dan telah dimasukkan ke Pantai Hospital Ayer Keroh untuk menerima rawatan.
Setelah tujuh hari menerima rawatan di hospital berkenaan, arwah telah dipindahkan ke Hospital Melaka pagi tadi untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, selang beberapa jam kemudian keadaan beliau dilaporkan bertambah kritikal sebelum disahkan meninggal dunia jam 3.30 petang tadi.
Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh Pengurus Juara Travel & Tours Sandakan, Ustaz Fakhrur Razi Mohd Yunos kepada Wide TV sebentar tadi.
“Penyumbang Wide TV Prihatin, bos Juara Travel & Tours meninggal dunia jam 3.30 petang hari ini kerana Covid-19.
“Mohon sedekahkan al-Fatihah,” katanya.
Juara Travel & Tours menjadi antara penyumbang terbesar dalam program Wide TV Prihatin yang digerakkan sebelum ini.
Sumbangan syarikat pengendali umrah itu telah diagihkan
kepada beberapa keluarga asnaf dan mereka yang terjejas akibat pandemic Covid-19
di sekitar Sandakan.
-- Wide TV