SANDAKAN - SEMALAM telah berlangsungnya dengan zuhud tanpa bunga api untuk acara undia dalam menetukan kumpulan pasukan dalam saingan Liga Juara Juara Eropah.
Kesemua pasukan telah diundi ke dalam kumpulan masing - masing dan berikut merupakan senarai pasukan mengikut kumpulan:
Kumpulan A menampilkan dua pasukan gergasi England, Manchester City dan juga gergasi Perancis, Paris Saint Germain, sambil disertai oleh RB Leipzing dari Jerman dan dilengkapkan oleh Club Brugge.
Kumpulan B pula boleh dikatakan sebagai kumpulan maut pada edisi kali ini kalau dilihat kepada senarai pasukan iaitu Atletico Madrid, AC Milan, Liverpool dan Porto, meskipun secara praktikalnya tidaklah maut mana pun sebenarnya.
Kumpulan C mungkin tidak akan berapa menjadi tumpuan kerana tiada pasukan yang ternama diundi ke dalam kumpulan ini.
Sporting merupakan juara Liga Portugal, manakala Dortmund merupakan pasukan feeder club kepada Bayern dan juga naib juara Bundesliga pada musim lalu. Ajax pula tampil sebagai juara Eredivise dan Besiktas sebagai juara Liga Turki.
Kumpulan D menampilkan Sheriff Tiraspol, Inter Milan, Shakhtar Donetsk dan semestinya menjadi tumpuan adalah Real Madrid.
Dua pasukan bekas juara, Bayern Munich dan Barcelona bersama - sama di dalam kumpulan E dan dilengkapkan dengan Benfica dan Dynamo Kiev.
Seterusnya, kumpulan F menampilkan pertembungan Villareal, Manchester United, Atalanta dan Young Boys.
Seperti kumpulan C, kumpulan G juga dijangka tidak akan mendapat tumpuan kerana tiada pasukan ternama. Kesemua empat pasukan adalah Lille, Sevilla, Salzburg dan Wolfburg,.
Juara bertahan, Chelsea dijangka tidak akan mempunyai masalah untuk layak ke pusingan berikutnya, sambil diiringi kelab gergasi Itali, Juventus. Pasukan Zenit dan Malmo bakal menjadi pasukan pelengkap jadual bagi kumpulan H.
-- Wide TV | The Sukan