Ustaz Romzi dekati gelandangan


AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my

SANDAKAN - GELANDANGAN merupakan golongan yang terbiar, hidup merayau tanpa rumah dan sesekali dilihat mengemis di kaki lima demi mendapatkan makanan.

Keadaan kehidupan mereka yang tidak terurus mendorong beberapa pihak yang prihatin tampil menyantuni dan menghulurkan bantuan.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Sandakan, antara pihak yang turun menyantuni golongan tersebut sambil menghulurkan bantuan.

Menerusi video yang dikongsikan di Facebook rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah - Sandakan Info & Berita, PegawaiI Tadbir Agama (PTA), JHEAINS Sandakan, Ustaz Romzi Abd Rahman dilihat memberikan bungkusan makanan berserta pelitup muka kepada gelandakan yang ditemui.

Beliau turut membantu seorang gelandakan mengucapkan kalimah syahadah dan gelandangan itu dikatakan telah lama memeluk Islam, namun tidak mendapat bimbingan agama.

"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah... dan aku naik saksi Nabi Muhammad, Rasululullah," Ustaz Romzi membimbing Liau Shi Xin atau Muhammad Majamin Abdullah melafaz syahadah.

Setelah itu, Ustaz Romzi turut bertanyakan mengenai keadaan gelandangan tersebut sama ada mempunyai keluarga terdekat serta pernah mendapat bantuan zakat.

"Ada bantuan zakat? 
"Tiada.

"Tiada dapat bantuan zakat?
"Saya punya IC (Kad Pengenalan) hilang bah... kalau boleh tolong saya... tolong saya buat.

"Ndada IC?
"Hilang. Saya mahu jumpa puan Julia pun susah.

"Semua dia punya kad Islamnya itu hilang.

"Nama kamu apa?
"Liau Shi Xin atau Mohammad Majamin/Liau Abdullah (dua nama).

"Kalau siang di mana kita (tinggal)?
"Siang saya di sini saja. Kalau boleh tolong saya bikin IC bah. Saya minta tolong.

"Kami enda boleh bikin IC. mesti ada report polis. Mesti ada dalam kamu punya rekod. Tapi kalau dalam pengislaman nanti saya cuba check.
"Kau jumpa Julia... dia kenal saya.

"Julia yang mana?
"Julia, di MUIS Tingkat 5... Jabatan Muis di Wisma Urusetia/Serbaguna/Bangunan Serbaguna/Urus Setia.
"Kalau anu, kalau Wisma MUIS Tingkat 4... JHEAINS (Sandakan).

"Enda ada keluarga kah?
"Keluarga ada tapi sudah berjauh-jauhan. Ada di Kota Kinabalu. Atur sendiri sudah. Ada yang sudah kahwin, ada keluarga.

"Pakaian, mana pakaian?
"Pakaian tiada, duit pun tiada.

"Baju enda ada?
"Baju tiada.

"Jadi, begini saja?
"Siang? Lepas malam siang... siang pakai baju apa?
"Siang begini saja lah... kalau sudah kotor, cuci. Basah, dia kering juga kalau kau jalan dalam matahari... kan.

Setelah mendengar penjelasan Muhammad Majamin, Ustaz Romzi menghulurkan wang zakat daripada Majlis Al Khairat kepadanya.

"Bismillahirrahmanirrahim... ini zakat kami dari Majlis Al Khairat untuk pemula. Semoga Allah berika keafiatan, kesihatan," katanya.

"Ya (diterima)," kata Muhammad Majamin.

-- Wide TV

Catat Ulasan

0 Ulasan