amrullah@semarakniaga.com.my
SANDAKAN - SEORANG daripada dua lelaki yang kantoi dalam rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) ketika cuba meragut seorang wanita di belakang sebuah pasaraya di Batu 8, rupanya suami mangsa sendiri.
Pendedahan itu dibuat pemilik akaun facebook Donnylauddin Donnylauddin hari ini setelah terkejut melihat hantaran Wide TV yang memaparkan video berserta gambar dari paparan CCTV tersebut.
"Assalamualaikum warga sandakan semua Minta maaf saya pemilik kereta Ini saya dianiaya .Bakal besan saya yang pijam kereta tu Dia bilang dia jumpa Bininya saya pun bagi pijam lh sekali saya ternampak video n Saya terkejut dia bawah kereta saya untuk meragut telephone saya pun buat Laporan polis rupa2nya yang dia ragut tu Isteri dia sendiri." Katanya seperti dalam hantaran di facebooknya.
Donnylauddin bertindak membuat laporan polis bagi membersihkan namanya sebagai pemilik kereta jenis Proton Saga yang telah digunakan suspek dalam kejadian tersebut.
Menurutnya, dia terasa teraniaya kerana langsung tidak mengetahui tujuan bakal besannya itu meminjam keretanya.
Katanya, dia terkejut sebaik mendapat tahu keretanya digunakan untuk kegiatan jenayah ragut sehingga tular di media sosial.
Dalam video berdurasi 1 minit 54 saat itu, dua lelaki berusia lingkungan lewat 20-an cuba bertindak meragut telefon bimbit seorang wanita yang baru keluar daripada bangunan dipercayai pasaraya berkenaan.
Bagaimanapun, wanita terbabit kelihatan terpaku seketika sebaik saja dia diragut seperti mengenali suspek.
Suspek yang panik bertindak lari memasuki kereta sebelum beredar dari lokasi kejadian.
Wide TV cuba mengekses akaun facebook milik Donnylauddin bagi mendapatkan lebih jelas imej laporan polis tersebut, namun tiada sebarang hantaran penafian Donnylauddin seperti dalam emej yang tular.
-- WIDE TV
0 Ulasan