Netizen terus bersedih berkait kematian Zayn Rayyan dan Zaharif Affendi

 


SANDAKAN, 18 Disember 2023 – Selepas kematian adik Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Kemalangan maut yang melibatkan Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, Jumaat lalu turut menambahkan duka dikalangan netizen.

Seperti yang dilaporkan, kematian adik Zayn Rayyan yang dipercayai adalah mangsa bunuh, kini, adik Muhammad Zaharif juga turut dilaporkan maut akibat dilanggar seorang pegawai kanan polis.

Rata-rata netizen melahirkan perasaan yang berbaur sedih, kecewa, dan marah di kebanyakkan platform media sosial.  Walau apapun luahan kesedihan yang dizahirkan, netizen juga turut  mendoakan dan berharap supaya nasib kedua-duanya serta keluarga mangsa terbela segera.

Tertuduh yang didakwa melanggar sehingga menyebabkan kematian kepada adik Muhammad Zaharif Affendi iaitu Muhd Zamrie Mohd. Nazri Abdul Razak, 44, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada hari ini. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan. 

Bagi kes adik Zayn Rayyan pula, polis masih menjalankan siasatan termasuk mengesan bukti baharu, susulan identiti pembunuh yang masih tidak ditemukan. – WIDE TV NEWS

Catat Ulasan

0 Ulasan