AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my
SANDAKAN - KETAM lembutnya di tempah pengusaha restoran shushi, hotel-hotel terkemuka dan dieksport sampai ke Taiwan.
Itu pasaran jualan yang sudah dicapai pengusaha ternakan ketam lembut di Sandakan walaupun baru setahun diusahakan.
Pengusahanya, Samsul Banu berkata, 'sistem rak' yang digunakan dapat menjamin kualiti ketam lembut sehingga mendapat permintaan yang tinggi.
"Pakcik adalah pengusaha (penternak) KETAM KULIT LEMBUT yang terletak di Sandakan, Sabah.
"Sistem ternakan kami menggunakan 'rack system' di dalam gudang yang jarang digunakan oleh pengusaha lain.
"Konsep ini memastikan air laut yang benar-benar bersih akan dipam masuk ke dalam gudang untuk menjaga kualiti dan rasa ketam lembut itu sendiri," katanya dipetik daripada facebook Pakcik Goldrider.
Menurutnya, konsep itu turut memudahkan pekerjanya menjalankan kerja tanpa perlu berpanas dan berhujan.
Samsul yang mesra disapa dengan panggilan pakcik berkata, dengan kapasiti gudang ternakan yang besar beliau yakin mampu membekalkan jumlah ketam lembut pelbagai saiz kepada pelanggannya.
"Gudang ternakan pakcik boleh membekalkan antara 300 kilogram (kg) hingga 400 kg ketam lembut dengan pelbagai saiz (gred) setiap hari," katanya.
Beliau berkata, untuk sebarang maklumat boleh bergubung dengan pegawai pemasaran di talian 0198131222 (pada waktu pejabat).
-- Wide TV