amrullah@semarakniaga.com.my
SANDAKAN - TIMBALAN Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengucapkan tahniah kepada Ketua UMNO Libaran, Datuk Suhaimi Nasir di atas tindakan pantas menyelesaikan isu jambatan gantung Kampung Nelayan Tengah.
Bung yang juga Ketua UMNO Sabah berkata, isu tersebut dapat ditangani segera selepas tular di media sosial.
"Tahniah tindakan pantas Ketua UMNO Libaran YB Dt Suhaimi Nasir dan Ketua Pemuda UMNO Libaran.
"Ini hari kena viral esok dan lusa Jambatan gantung di perbaiki," katanya menerusi hantaran facebooknya hari ini.
Bagaimanapun, beliau kesal dengan sikap segelintir netizen yang sengaja mengeruhkan keadaan dengan menyebar mesej berunsur negatif.
"Malangnya sudah diperbaiki yang KAKI VIRAL tak viral pula, yg di viral yg negative saja.
"Dunia akhir zaman, ramai manusia sesat dijalan yang terang!!!" Ujarnya dengan nada kesal.
-- Wide TV
0 Ulasan