'Bantu kami...'




AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my

SANDAKAN - "BANTU kami bina maahad tahfiz al-Quran dengan cara menyebarkan mesej berkaitan pengumpulan sumbangan wakaf yang sedang digerakkan."

Demikian seruan Mudir Maahad Tahfiz Nurul Quran Darul Ilmi (MTNQDI), Ustaz Mulyadi Hj Kasimin (UMK) kepada warga Sandakan bagi sama-sama memastikan usaha membina bangunan baru institusi tahfiz itu terlaksanan.

Menurut UMK, beliau percaya penyertaan serta penglibatan semua pihak dalam menggerakkan dan menyebarkan mesej wakaf itu dapat membantu MTNQDI merealisasikan hasrat tersebut.

"Bantu kami...

"Hasrat kami mahu mendirikan bangunan yang lengkap dengan prasarana selesa untuk kegunaan pelajar menuntut ilmu al-Quran di sana kelak.

"Bermula dengan hanya menyebarkan mesej wakaf yang kami sedang gerakkan dan sebarkan poster yang kami sudah sediakan, insyaAllah usaha sekecil ini Allah akan beri keberkatan seterusnya dijelmakan dalam bentuk sumbangan," katanya.

Hari ini, UMK memuat naik poster tertera maklumat berkaitan inisiatif Wakaf Umum Tunai di facebook Al-Faqir Abu Samah As-Sandakani miliknya.

Poster tersebut memaparkan latar belakang sebahagian tanah wakaf seluas satu ekar di Gum-Gum yang telah diratakan.

Beberapa imej yang memaparkan aktiviti pengajian al-Quran oleh pelajar lelaki dan wanita juga diselitkan dalam poster tersebut.
.
.
Berikut kandungan poster tersebut:

Maahad Tahfiz Nurul Quran Darul Ilmi (MTNQDI) bercadang membangunkan sebuah bangunan maahad tahfiz yang baru di atas tanah wakaf seluas satu ekar di Gum-Gum, Batu 16 Sandakan, menerusi inisiatif Wakaf Umum secara Tunai.

Bangunan baru itu akan dilengkapi dengan pejabat pentadbiran, kelas pengajian, asrama kediaman, kantin, surau & dewan.

Inisiatif wakaf tersebut dilaksanakan selama satu tahun setengah dengan membuka ruang kepada para pewakaf menyumbang secara tunai berdasarkan jumlah lot yang disediakan iaitu 60,000 lot keseluruhan & pada kadar RM50 setiap lot.

Besar harapan kami untuk melihat bangunan baru MTNQDI ini terbina mengikut perancangan demi keselesaan pelajar yang bakal meneruskan pembentukan generasi Al-Quran, insya-Allah.
____________

Sumbangan Wakaf Umum Tunai boleh dibuat ke akaun tertera:

BANK ISLAM
10043023117443
(Maahad Tahfiz Nurul Quran Darul Ilmi)
____________




Sebarang pertanyaan & penjelasan lanjut sila hubungi:

Ustaz Mulyadi Hj Kasimin
013-873 1604
Pengerusi MTNQDI

Ustazah Nur Aini Burhan
010-383 5482
Mudirah MTNQDI

Amrullah Abdul Karim
011-5336 8393
Urusetia MTNQDI