AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my
SANDAKAN - BAPA kepada figura terkenal Mohd Fadli Salleh atau Cikgu Fadli meninggal dunia hari ini.
Allahyarham Mohd Salleh Husin meninggal dunia jam 9.40 pagi tadi selepas beberapa hari menerima rawatan di hospital dipercayai akibat Covid-19.
Allahyarham merupakan Penaung Pertubuhan Kebajikan Dana Kita.
Berita mengenai kematian tersebut yang dimuat naik di facebook Mohd Fadli turut dihujani belasan ribu reaksi, komen dan ucapan takziah daripada pengikutnya.
"Ayahanda telah pergi bertemu Tuhan dengan tenang, penuh kasih sayang dan limpahnya rahmat Tuhan," katanya menerusi entri tersebut.
Mohd Fadil turut membuat hantaran terbaru di facebooknya berwarna gelap sebagai tanda berkabung.
Pada 24 Jun lalu, guru dari Pasir Putih, Kelantan itu pernah memuat naik perkembangan ibu dan bapanya yang masih menerima rawatan di wad sebuah hospital.
Menurutnya, mereka akan terus kuat dan bertahan dengan ujian Covid-19.
"Baru mendapat berita paling gembira atas dunia.
"Ma dah boleh balik. Allahu, syukurrr. 😍
"Abah masih dipantau rapi. Hari ni keadaan statik kata doktor. Abang Ariff juga improving. Cuma masih dalam pemantauan.
"Dos oxygen abah dah diturunkan dari 60% kepada 40%. Satu perkembangan baik menunjukkan paru-paru abah makin memulih.
"InsyaAllah keluarga kami akan survive dengan ujian COVID-19 ini.
"Saya doakan semua pesakit yang dijangkiti covid diberi kesembuhan." Katanya.
-- Wide TV