AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my
SANDAKAN - BERBEZA dengan Semenanjung Malaysia, penduduk di negeri Sabah telah dibenarkan lebih awal untuk melakukan aktiviti sosial dan ekonomi dalam tempoh Fasa Pertama - Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Bermula esok, orang Sabah boleh menikmati hidangan di dalam mana-mana restoran termasuk di hotel-hotel.
Menjual sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan di tepi jalan juga sudah dibenarkan.
Kedai gunting rambut juga boleh beroperasi seperti biasa.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri tetap mengekalkan sebahagian besar Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam fasa pertama PPN.
Menurutnya, selain aktiviti tersebut, sukan dan rekreasi turut dibenarkan terutama yang tidak melibatkan sentuhan fizikal.
"Senaman, golf, memancing dan berbasikal adalah dibenarkan," katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Sementara itu, beliau berkata aktiviti pembuatan dan perkilangan diperluaskan kepada getah, simen dan cat, kilang berasaskan kayu dan perabot.
Ujarnya, perincian SOP negeri Sabah akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
-- Wide TV