Budak 11 tahun hilang...

 


AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my

SANDAKAN - LAGI orang hilang di Sandakan.

Kali ini melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak dua hari lalu.

Kanak-kanak dikenali sebagai Acang dikatakan keluar bersendirian dari rumahnya di Jalan Dua, Bandar Sandakan jam 6 petang Ahad, namun tidak pulang sehingga hari ini.

Abang angkatnya, Mohd Nadzrie berkata, belum ada sebarang berita mengenai Acang dan dia terpaksa meminta bantuan orang awam untuk menjejakinya.

Katanya, maklumat mengenai kehilangan Acang turut dimuat naik ke laman sosial sebagai usaha mencarinya.

"Assalamualaikum... budak ini hilang sudah 2 hari. Budak berumur 11 tahun dan berambut pendek.

"Dia hilang sekitar jam 6 petang hari Ahad.

"Sesiapa nampak tolong hubungi kami... apa-apa info call/wsp 0189609411," katanya seperti entri di dalam facebooknya.

Ketika dihubungi Wide TV, Nadzrie berkata, dia hanya membantu ibu kanak-kanak terbabit yang buntu mencari anaknya.

Menurutnya, keluarga mangsa masih belum membuat sebarang laporan polis kerana berharap kanak-kanak itu tetap akan pulang sendiri.

Tambahnya, Acang mempunyai bapa kandung di Kampung Bahagia, Batu Sapi, namun mereka tidak mendapat sebarang berita mengenai kanak-kanak tersebut dari kawasan itu.

-- Wide TV