"Dorang mau balik sudah bah masa tu sebab jam 5 petang sudah, tapi ombak deras hanyutkan dorang ke laut dalam," - antara dialog saksi.
SANDAKAN – اِÙ†َّالِÙ„َÙ‡ ÙˆَاِÙ†َّااِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُÙˆْÙ†َ
TRAGEDI mangsa lemas melibatkan tiga beradik bersama rakan mereka di Pantai Gorongon, Putatan semalam amat menyayat hati.
Kegembiraan mereka berakhir penuh tragis selepas dipercayai dihanyutkan ombak deras ketika mereka hendak pulang setelah selesai bermandi-manda di kawasan tersebut kira-kira jam 5 petang semalam.
Menurut sumber, ada yang melaporkan mangsa pada awalnya mandi di kawasan pantai berdekatan Kampung Contoh itu bersama sembilan orang semuanya dan ada juga menyatakan hanya lapan orang yang kesemuanya berusia 8 hingga 17 tahun.
Bagaimanapun, empat mangsa disahkan mati lemas manakala rakan mereka yang lain berjaya menyelamatkan diri sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, kesemua jasad mangsa ditemui Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat yang berakhir jam 9.45 malam.
Mangsa pertama Norain Amit, 13, ditemukan jam 8.20 malam dan mangsa kedua, Rafidah Amit, 14, dijumpai kira-kira 40 minit selepas itu.
Manakala dua lagi mangsa, Dalang, 17, dan Korais Amit, 8, ditemukan kira-kira jam 9.30 malam di lokasi tidak jauh dari tempat mereka dihanyutkan arus.