AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my
SANDAKAN – RUMAH yang kehabisan makanan dan barang keperluan tapi dah kehabisan duit tolong kibar bendera putih depan rumah. Biar jiran nampak pakat tolong sorang sikit ringankan beban.
Demikian kapsyen gambar berdera putih yang dimuat naik oleh pengacara terkenal, Aznil Hj Nawawi di facebooknya tengah malam semalam.
Hantaran tersebut mendapat menerima lebih 604 komen dengan lebih 28,000 tanda suka.
Apa yang menarik perhatian apabila mesej serupa turut dihantar oleh warga net menerusi media sosial dan kini maklumat itu tular.
Malah, satu grup facebook khas dibentuk sebagai tanda kebersamaan rakyat dalam membantu golongan yang memerlukan.
Dengan menggunakan nama Solidariti Rakyat: Kempen Bendera Putih, grup itu kini mempunyai lebih 1,300 pengikut.
Mesejnya hanya mahu mempelawa rakyat Malaysia untuk menjadi ‘wartawan rakyat’ dalam menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang sedang memasang bendera putih.
Grup tersebut juga dijadikan saluran untuk pengikutnya mendapatkan bantuan terus daripada rakyat Malaysia sekiranya berada dalam keadaan terdesak.
-- Wide TV