'YB Mokran, pegawai khas kemalangan'

 


AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my

SANDAKAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Mokran Ingkat bersama pegawai khas dan pemandu terbabit dalam kemalangan jalan raya lewat petang semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6 petang di kawasan selekoh di Batu 26 berdekatan Ladang Sekilan Desa.

Bagaimanapun, kesemua mereka dilaporkan selamat dan kini dirawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK).

Ketika ditanya, Mokran mengesahkan beliau antara yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

"Aku. Tapi kami semua selamat..." katanya menjawab pertanyaan Wide TV menerusi aplikasi whatsapp tengah malam tadi.

Sementara itu, Pegawai Khas beliau, Mazlani Jenuary juga antara yang terlibat dalam kemalangan itu dan memaklumkan keadaannya selamat dan sedang ditempatkan di wad HDOK.

Menerusi hantaran gambar di aplikasi messenger, Mazlani kelihatan tenang dengan keadaan lengan hingga paras bahunya berbalut.

"Saya dengan YB dan pemandu (kemalangan)," katanya kepada Wide TV.

Semalam, Wide TV menerima mesej whatsapp daripada seorang penduduk Kampung Batu Putih yang meminta pengesahan sama ada imej kenderaan remuk dan terbalik di tebing jalan yang diterimanya milik seorang wakil rakyat atau tidak.

Susulan itu, Wide TV terus menghubungi pemimpin UMNO Libaran itu bagi mendapatkan kepastian.

-- Wide TV