AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my
SANDAKAN - AHLI Parlimen Sandakan, Vivian Wong meluahkan perasaan marahnya kepada kerajaan ekoran pertindihan kenyataan membabitkan penetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Luahan itu dibuat secara terbuka di laman sosial facebooknya hari ini.
"Lu semua menteri tidak boleh email, WhatsApp, telegram sebelum buat pengumuman⁉️ 🤬
"Semua sila letak jawatan!" Tegasnya dalam entri terbaru sebentar tadi.
Vivian turut menegaskan agar kerajaan tidak mengenakan sebarang denda atau kompaun kepada rakyat di dalam kawasannya sekiranya melanggar SOP yang disifatkan mengelirukan.
Malah, beliau sanggup mempertahankan rakyat yang telah dikenakan tindakan atas kesalahan yang berpunca daripada kekeliruan.
"Jangan kamu saman rakyat saya.
"Saya akan lawan kamu, kesemua yang mengelirukan SOP 🔥," katanya.
Di akhir hantara itu, Vivian meletakkan hashtag kerajaan gagal.
-- Wide TV