admin@semarakniaga.com
SANDAKAN – PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD) di empat lokaliti sekitar Sandakan akan berkuatkuasa esok, 30 Julai sehingga 12 Ogos 2021, berikutan kenaikan kes positif di Sabah.
Lokaliti tersebut adalah Flat LPPB Sri Taman, Taman Kenari (Lorong 1 hingga 8), Taman Mawar
dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni.
Pengukuman pelaksanaan PKPD tersebut disiarkan melalui kenyataan media Kluster Keselamatan yang diketuai Menteri Kanan Luar Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, semalam.
Dalam perkembangan lain, Zon Selamat Timur Sabah
(ESSZONE) melanjutkan tempoh perintah berkurung di tujuh daerah kawasan perairan
bermula esok sehingga 13 Ogos 2021.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali memberitahu
orang awam untuk tidak menghampiri kawasan yang disiytihar didalam perintah
berkurung di antara pukul 6 petang sehingga 6 pagi.
Namun begitu, beliau memberi kelonggaran untuk
rakyat yang perlu melalui kawasan diisytihar atas sebab kecemasan atau untuk
meneruskan kelangsungan hidup.
“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua
Polis Daerah di ESSZONE bagi mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi
tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan
perintah berkurung itu” ujarnya.
ESSZONE terdiri daripada tujuh daerah,
meliputi Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan
Tawau.
-- Harian Metro | Kluster Keselamatan | Wide
TV