Ahli Parlimen 'terkurung' dalam Dewan Rakyat

Sidang Media Anwar Ibrahim

AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my

SANDAKAN - SESI petang, hari keempat Sidang Khas Dewan Rakyat yang sepatutnya bersambung jam 2 petang tadi tertangguh seketika sehingga jam 5.15 petang ini disebabkan terdapat kes positif Covid-19 dalam lingkaran Parlimen.

Situasi itu sekali gus menyebabkan semua Ahli Parlimen 'terkurung' di dalam kompleks Parlimen sehingga saringan calitan selesai dilakukan.

Pemakluman berkenaan perkara itu dibuat Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun jam 3.30 petang tadi.

Bagaimanapun, tindakan tersebut mendapat reaksi berbeza daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sehingga ada yang menyifatkan Azhar Azizan sebagai 'lari' keluar dewan.

Susulan daripada itu, satu sidang media dilakukan Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim yang menuntut agar jawatan Perdana Menteri dimakzulkan manakala desakan dibuat agar Speaker Dewan Rakyat dan Menteri Di Jabatan Perdana meletakkan jawatan.

"Ini helah Speaker Dewan Rakyat untuk melengah dan menangguhkan sidang dewan dan terus menghina majlis (Raja-Raja), ingkar serta derhaka kepada titah Tuanku Yang Di-Pertuan Agong.

"Tiga kali sidang dewan ditangguh semata-mata untuk elak perbahasan usul," katanya.

Anwar berkata, usul yang beliau kemukakan adalah untuk memakzulkan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau turut menambah, keengganan ahli Parlimen kerajaan untuk mengadakan apa saja bentuk undian kerana mengetahui mereka telah hilang kepercayaan daripada ahli Parlimen.

Selain itu, Anwar berkata setelah titah Di Raja disampaikan sekali pun mereka masih ingkar dan mencari helah untuk usul tersebut dibahaskan di Dewan Rakyat.

-- Wide TV | Astro Awani 

Catat Ulasan

0 Ulasan