Ahli Parlimen UMNO, PAS positif Covid-19

 

Nik Abduh & Zahid Hamidi positif Covid-19 

AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my

SANDAKAN - MENGEJUTKAN apabila 35 individu termasuk Ahli Parlimen serta pegawai mereka disahkan positif Covid-19.

Apa tidaknya mereka yang positif itu sepatutnya hadir ke sidang khas Parlimen yang akan dibuka sehari saja lagi.

Pastinya tempoh rawatan serta kuarantin akan mengambil masa yang panjang, malahan aktiviti pengesanan kontak rapat membuatkan lebih ramai individu akan terkesan dan 'terperangkap' dalam pusat kuarantin.

Melihat kepada senario itu, mungkin sidang Parlimen yang sudah sekian lama berehat hanya akan dihadiri beberapa kerat sahaja daripada kalangan ahli Dewan Rakyat.

Menurut sumber Utusan Online, antara ahli Parlimen yang dijangkiti Covid-19 ialah Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Bachok).

Sumber itu turut memberitahu terdapat ahli Parlimen yang mempunyai kontak rapat dengan mereka dan kini dipercayai sedang membuat swab test.

“Turut terlibat ialah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon kerana pegawai pengiringnya positif,” kata sumber itu.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 selama lima hari akan bermula Isnin, 26 Julai ini hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat.

Media sebelum ini melaporkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sebagai berkata, majoriti Ahli-ahli Parlimen sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin covid-19.

Manakala empat lagi Ahli Parlimen masih belum divaksinasi atas sebab-sebab tertentu.

Namun, kata Azhar, kesemua mereka dibenarkan hadir menyertai mesyuarat khas itu kerana Ahli-ahli Parlimen berkenaan masih perlu melaksanakan tugas mengikut Perlembagaan Persekutuan.

-- Utusan Online | Astro Awani

Catat Ulasan

0 Ulasan