admin@semarakniaga.com
“Pandangan pertama saya, lah tak menarik langsung? Kenapa mereka pakai macam badut. Kuning, merah dan corak geometrik, semak! Kerja menjahit pun nampak tak kemas dan kelihatan murah,” ulas Chef Wan.
Selain nampak serabut, Chef Wan juga melabelkan atlet yang menyarung busana berkonsapkan pakaian tradisional Melayu, bertanjak untuk lelaki dan baju kurung bagi atlet wanita kelihatan seperti badut, disebabkan padanan warna kuning dan merah yang digunakan.
Chef Wan juga mengatakan bahawa Malaysia sebenarnya kaya dengan kepelbagaian budaya dan baju kebangsaan kaum lain yang mana ia boleh diketengahkan kepada dunia serta lebih sesuai dijadikan tema pakaian Olimpik oleh kotinjen negara.
Walaupun Chef Wan menghentam habis pemakaian kotinjen negara dalam acara berkenaan, pada masa yang sama ia tidak lupa untuk menyampaikan ucapan selamat berjuang kepada barisan atlet tanah air demi mengejar misi memburu pingat emas.
“Tiada apa yang kami harapkan selain yang terbaik untuk mereka. Doa-doakan semoga semua selamat dan sihat-sihat selalu dalam usaha mengharumkan nama negara.
“Sangat berbangga dengan pencapaian dan pengorbanan mereka yang berusaha gigih untuk pertandingan ini, Insya-Allah,” katanya lagi.
-- KOSMO