AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my
SANDAKAN - BAPA kepada Pengerusi Pertubuhan Setia Bakti Anak Sabah, Irwanshah Mustapa; Allahyarham Mustapa Osman meninggal dunia pagi ini di Hospital Duchess of Kent (HDOK).
Berita duka itu dikhabarkan sendiri Irwanshah menerusi facebooknya Is Mustapa sebentar tadi.
"Innalillahiwainnalillahirojiuun.
Saya ingin memaklumkan kepada semua sanak saudara, rakan taulan & kenalan, bahawa ayahanda saya Mustapa Osman telah kembali kerahmahtullah sebentar tadi di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan." Katanya.
Beliau turut meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan arwah bapanya dan memohon kemaafan bagi pihak Allahyarham Mustapa.
"Mohon Doa dan kemaafan jika ada salah silap Allahyarham sepanjang hayatnya semoga Rohnya dicucuri rahmat, dilapangkan kuburnya serta diampunkan segala dosa2nya. Amin.
"Al Fatihah." Katanya.
Irwanshah merupakan bekas calon Parti Cinta Sabah (PCS) yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga pada Pilihan Raya Negeri Sabah tahun lalu.
Wide TV menzahirkan ucapan takziah kepada Irwanshah serta seluruh keluarganya.
-- Wide TV
0 Ulasan