Caprice akhirnya tunduk

Caprice meminta maaf menerusi post Instagram

NURAIDAH MUHD TAHIR
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN – CAPRICE membuat kenyataan di Instagram selepas Ebit Lew membuat live pada hari yang sama.

Ariz bin Ramli, atau lebih dikenali sebagai Caprice memohon maaf atas tindakannya yang telah mengguris perasaan orang lain.

Rapper kelahiran Negeri Sembilan itu memuat naik post di Instagram beberapa jam selepas Ebit Lew selesai dengan sesi live-nya.

“Sebagai individu, Caprice banyak buat dosa dan banyak lagi kena belajar tentang agama,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa dia tidak akan menipu dan menyokong Ebit Lew serta Nadir al Nuri dengan misi kemanusiaan mereka.

“I hope you know that I will never lie atau sebar fitnah when it comes to Kemajuan Islam dan ummat Islam.

“Caprice minta maaf dengan cara Caprice waktu terlalu emosi tetapi selama ni kita memang bagi sokongan 300% kepada Tuan Nadir di Gaza dan Ebit Lew,” ujarnya.


Dari posting tersebut, seorang pengguna membuat komen tentang kenyataan Ebit Lew berkenaan perjumpaanya dengan Caprice.

Caprice menjawab “pelik...boleh scroll bawah...dalam video Caprice sudah terang2 ustaz peluk, tepuk dada, nak tinggal cium pipi je,”

Terdahulu, Caprice memuat naik video di Instagramnya pada 1 Jun 2021 ketika berjumpa dengan Ebit Lew.

Video berdurasi 50 saat itu mendapat lebih dua juta views di Instagram akaun miliknya.

-- Wide TV