Ustaz Mulyadi Kasimin
AMRULLAH ABDUL KARIM
amrullah@semarakniaga.com.my
SANDAKAN - RAMAI agamawan yang memberikan maklumbalas berhubung isu yang melanda dermawan terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL).
Ada yang memihak kepadanya dan tidak kurang juga memilih kenyataan individu lain yang disebut di dalam laporan polis semalam.
Bagi Pengerusi Maahad Tahfiz Nurul Quran Darul Ilmi (MTNQDI), Ustaz Mulyadi Kasimin (UMK), beliau mempunyai pandangan peribadi terhadap sahabatnya itu yang dikenali dengan perwatakan lemah lembut.
"Saya mengenali sahabat saya Ustaz Ebit Liew ni ketika beliau datang ziarah ke Maahad saya di Sandakan Sabah beberapa tahun yg lalu.
"UEL seorang insan yang sangat baik. Baik dari percakapan, lembut tutur kata dan akhlaknya," katanya menerusi hantaran facebook pagi ini.
Menurut Imam Masjid Nurussyakirin, Taman Indah Jaya itu, beliau sering mengikuti ceramah motivasi UEL di media sosial dan tidak pernah terpacul dari mulutnya sebarang perkataan kesat mahupun berbentuk sindiran.
Malahan, Mulyadi melihat tutur kata Ebit Lew sering mengajak ke arah kebaikan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW.
"Tak pernah saya dengar keluar dari lisannya kata² kesat, kasar, mengeji, dan menyindir serta memburuk²kan orang lain melainkan beliau mengajak dengan tutur kata yang lemah lembut kepada hidup bertuhan dan cara hidup sunnah Nabi S.A.W.
"Beliau juga mengajak kepada hidup berkasih sayang," katanya.
UMK menyifatkan isu yang terpalit ke atas UEL hanyalah fitnah semata-mata dan beliau mendoakan agar sahabatnya itu terus tabah.
"Bagi pandangan saya isu yg berlaku keatas UEL tu adalah FITNAH semata-mata.
"Apapun saya doakan moga sahabatku USTAZ EBIT LIEW diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi segala ujian fitnah akhir zaman ini," ujarnya.
-- Wide TV