SANDAKAN - JOSIP Ivancic, penyerang import dari Crotia berjaya menghasilkan gol penyelamat untuk Sabah FC sebelum tamat perlawanan ketika menentang Sri Pahang di Stadium Likas semalam.
The Rhinos mengikat pasukan Tok Gajah seri 2 -2 hasil gol penyamaan yang dicetak oleh Ivancic pada minit ke-94 seterusnya memusnakan harapan Sri Pahang pulang membawa 3 mata penuh.
Seminit sebelum itu, skuad kendalian Kurniawan berputih mata apabila Sri Pahang memisahkan kedudukan dengan 2-1 hasil rembatan Abdul Malik Mat Ariff.
Sabah FC gagal meraih kemenagan di halaman sendiri walaupun banyak peluang menarik yang mereka hasilkan sekaligus menguasai perlawanan semalam.
Buktinya, Sabah FC mencetak gol pembukan juga hasil jaringan daripada Ivancic di minit ke 57, sebelum gol penyamaan Tok Gajah pada minit ke 66 akibat kesilapan penjaga gol Sabah, Robson Rendy yang menepis sepakan Muhammad Baqiuddin Shamsudin masuk ke gawang gol.
Sabah FC akan dijadulkan menentang Terengganu pada Ahad ini, iaitu 1 Ogos untuk perlawanan berikutnya dalam aksi Liga Super.
-- Wide TV