SANDAKAN - SEBUAH kelab amatur di England Bedale AFC, telah menghasilkan rekaan jersi yang unik iaitu jersi lutsinar sebagai jersi rasmi pasukan mereka.
Rekaan jersi yang direka dan digunakan oleh pasukan Bedale AFC adalah sebagai tanda sokongan terhadap kempen kesedaran kanser prostat.
Jersi tersebut diperbuat dengan menggunakan material plastik dengan cetakkan anak panah besar yang menunjukkan ke arah kemaluan serta mesej yang bertulis “Jangan lupa periksa”.
Idea dalam memberi kesedaran berhubung kanser prostat ini adalah daripada pengalaman sendiri yang dialami oleh pengerusi kelab itu, Martin Coombs.
Pengurus kelab berkenaan telah kehilangan ayahnya akibat daripada penyakit berbahaya tersebut.
Mengulas tentang jersi tersebut, Martyn Coombs berkata;
”Bukan sahaja kita dapat melihat jersi lutsinar pertama di dunia, mesej utama yang disampaikan melalui tulisan CHECK adalah untuk membuka mata para lelaki dan menggalakkan mereka untuk memeriksa".