admin@semarakniaga.com
SANDAKAN – SABAH berada di kedudukan terendah dalam kadar pendaftaran
vaksinasi di Malaysia dengan 39.92 peratus.
Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong menyatakan kerisauannya akan
kemungkinan Sabah menghadapi gelombang pandemik Covid-19 sekali lagi berikutan
kadar vaksinasi yang terlalu perlahan berbanding negeri lain.
Beliau berkata, antara faktor kadar vaksinasi rendah di Sabah adalah kerana
sistem MySejahtera yang rumit digunakan untuk mereka yang berada di luar
capaian internet.
“Siapa yang boleh lupa akan kegigihan seorang pelajar di Sabah, Veveonah,
yang mana dia terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan sambungan internet
untuk menjawab peperiksaannya tahun lepas?
“Tanpa sambungan internet, bagaimana penduduk di Sabah hendak mendaftar program
imunisasi melalui aplikasi ini?” katanya.
Menurutnya, sistem janji temu MySejahtera terlalu rumit untuk warga
emas yang tidak mempunyai telefon pintar.
“Pejabat kami menerima banyak panggilan daripada warga emas
sejak awal tahun ini untuk mendapatkan bantuan bagi mendaftarkan mereka dalam program imunisasi ini,” katanya.
Ujarnya, bagi meningkatkan kadar vaksinasi di Sabah, Vivian mencadangkan sesi walk
in untuk memberikan vaksin kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas bagi melindungi imuniti warga emas ini.
Vivian juga mencadangkan pasukan vaksinasi untuk bergerak ke kawasan luar
bandar dan pedalaman untuk memastikan semua warga Sabah mendapat vaksinasi
dalam mencapai kekebalan imuniti kelompok menjelang akhir tahun 2021.
Teks penuh boleh diakses di Facebook Vivian Wong.
-- Facebook Vivian Wong | Wide TV
0 Ulasan