SANDAKAN – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan
dikuatkuasakan di Kampung Air dan Kampung Bokara bermula 22 Julai hingga 4 Ogos
2021.
PKPD selama 14 hari dilaksakanan berikutan peningkatan kes positif di dua perkampungan tersebut.
Pengumuman PKPD itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan media mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) Dan PKPD semalam.
Menurutnya, terdapat lapan lokaliti keseluruhan yang akan menjalani PKPD termasuk empat di Kota Kinabalu, iaitu Kilang Papan Lusera Telipok, Kg Mogiding Malawa & Kuarters Pekerja Progressif Perwira, Kampung Sinulihan dan University Utama Condiminium Fasa 2.
Katanya, dua lokaliti di Sarawak iaitu di Kampung Bintawa Hilir & Kampung Sungai Tapang, Sarawak.
Baki satu lokaliti PKPD terletak di Kampung Guruh – Guruh, Sipitang.
Dalam perkembangan lain, lima lokaliti yang asalnya mengakhiri tempoh PKPD
pada hari ini akan dilanjutkan bermula esok sehingga 4 Ogos 2021.
Lokaliti tersebut ialah Kampung Sri Menanti, Tawau dan Perkampungan
Kepulauan Gaya, Kota Kinabalu – Kampung Pondo, Kampung Kasuapan, Kampung Lok
Urai dan Kampung Pulau Gaya.
Pelanjutan tempoh PKPD tersebut diputuskan selepas kerajaan mengambil kira
penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19.
Maklumat lanjut mengenai SOP PKPD boleh diakses di laman sesawang MKN.
-- MKN | Wide TV