SANDAKAN - GIANLUIGI Donnarumma tidak lagi dapat menggunakan nombor jersi miliknya iaitu 99 untuk beraksi dengan Paris Saint Germain (PSG) di musim akan datang.
Nombor 1, 16, dan 30 telah ditetapkan dalam peraturan Ligue One sebagai nombor spesifik yang dikhususkan untuk penjaga gol, namun kesemua nombor tersebut telah dimiliki oleh Keylor Navas, Sergio Rico dan Alexandre Letellier.
Selain itu, nombor 40 dan 50 juga telah diperuntukkan untuk penjaga gol dan Donnarumma memilih untuk memakai jersi bernombor 50 selepas menandatangani perjanjian bersama Paris Saint Germain selama lima tahun.
Beliau ditandatangani PSG secara percuma selepas kontraknya bersama AC Milan tamat pada penghujung bulan lalu. Penjaga gol Itali itu dalam satu kenyataannya berkata;
“Saya rasa yang saya sudah bersedia dengan cabaran yang baru ini dan akan terus berkembang di sini.”
Donnarumma pada saingan Euro 2020 sebelum ini telah dinobatkan sebagai Player Of The Tournament selepas mempamerkan aksi permainan yang sungguh
luar biasa ketika itu.
-- The Sukan | SB