amrullah@semarakniaga.com.my
KAMPUNG AIR – KEDENGARAN
lucu bila hanya lima orang daripada ribuan penduduk dipercayai dari Kampung
Bokara mengadakan bantahan terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu hari ini.
Maklumat itu
berdasarkan gambar yang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki
ditemubual sebuah stesyen televisyen swasta berlatar belakangkan empat wanita berdiri sambil
memegang kertas manila berwarna putih dan kuning.
Bagaimanapun, menurut
sumber Sandakan Viral Kini (SVK), terdapat sebahagian penduduk Kampung Bokara
yang terlibat dalam bantahan tersebut.
“Mengikut
sumber. Sebahagian daripada penduduk Kg Bokara Sandakan, membantah agar tidak
dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) ditempat itu.” Dipetik daripada
facebook SVK.
Satu komen daripada
Mcik Manggis III menarik perhatian Wide TV apabila dalam nada bergurau dia
mengibaratkan penduduk Kampung Bokara seperti berlagak jaguh.
“Trippp handalan
kali penduduk bokara nie kami penduduk tinusa, 2 kali kena pkpd rilek
saja tiada pun meroyan sampai tahap nak provok, wadidiiiii,” katanya.
Tidak kurang
juga ada yang menasihati agar penduduk akur dan menerima arahan yang
dikeluarkan pihak berkuasa.
Azman Giggs dan
Mei Ling Lisa meminta penduduk kampung tersebut agar menerima arahan itu dengan
terbuka demi kebaikan bersama.
“Terima saja la
untuk kebaikan semua juga,” kata Azman Giggs.
Sementara itu,
berdasarkan entri facebook Datu Ajie Datu Gulam, beliau menggesa agar
pelaksanaan PKPD hanya dikuatkuasakan di kawasan yang mempunyai kes positif
Covid-19 sahaja.
Menurutnya,
adalah tidak wajar jika PKPD dikenakan di kawasan yang tidak mencatatkan
sebarang kes positif.
“BANTAHAN PKPD
D KG BOKARA SANDAKAN. KG BOKARA SUARAKAN BANTAHAN ATAS TIADA COVID19 D KG
BOKARA !!!.SOKONG.
“SELAMAT KAN KAMPUNG KAMI KG BOKARA!!! TUTUP SAJA KAWASAN KG AIR UTK PKPD BUKAN KG BOKARA!!!..” katanya.
Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, George Hiew turut turun padang ketika bantahan aman itu dibuat.
Manakala, individu yang ditemu bual dalam gambar tersebut, Hj Asheed Datu Gulam dalam entri facebooknya berkata bantahan dibuat kerana mereka bukan pesakit Covid-19.
“KAMI BANTAH KAMPUNG BOKARA TIDAK MAU D LOCK DOWN KAMI BUKAN
PESAKIT COVID SAYANG,” katanya.
PKPD Kampung Bokara dan Kampung Air akan dilaksanakan selama 14 hari bermula esok, 22 Julai sehingga 4 Ogos 2021.
-- Wide TV