admin@semarakniaga.com
LONDON - PERTARUNGAN di antara Conor McGregor dan Dustin Poirier dalam saingan UFC 264
di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) baru – baru ini menjadi tumpuan apabila
perlahwanan dimenangi oleh Poirier.
Apa yang menjadi tumpuan lagi apabila McGregor mendapat kecederaan yang serius dalam perlawanan tersebut.
Pada awal perlawanan, McGregor yang digelar The
Notorious bermain dengan baik sebelum dikalahakan oleh Poirier.
McGregor
tewas buat kali kedua di tangan lawannya yang juga dikenali sebagai The
Diamond dan pergelangan kaki yang patah
selepas perlahwanan.
Selepas
pertarungan sengit itu, McGregor terus mencarut ketika dia terbaring untuk
menerima rawatan dan didakwa membuat ancaman bunuh terhadap lawannya itu.
Dalam
satu pendedahan video yang dirakamkan di gelanggang pertarungan berkenaan,
McGregor dilihat menjerit terhadap Poirier dan mengancam untuk membunuh lawannya
itu sambil mengacukan jarinya seperti pistol.
"Dalam
tidur anda mendapatnya. Anda mendapatnya ketika anda tidur. Percaya pada saya.
Berhati-hatilah dengan apa yang anda katakan." Kata McGregor ketika itu.
Poirier
bagaimanapun membalas kenyataan lawannya itu dalam satu wawancara selepas
kemenangannya dalam pertarungan berkenaan dengan berkata:
"Tiada
halangan untuk melarang anda dari mengeluarkan perkataan sampah, betul?
"Dia
mengatakan bahawa dia akan membunuh saya, bahawa saya akan meninggalkan tempat
ini dalam keranda. Anda tidak boleh berkata begitu. Saya harap dia pulang ke
rumah keluarganya yang cantik."
--
Berita Harian