SANDAKAN – NADIR Al Nuri menjawab persoalan netizen mengenai dana RM20 juta
menerusi siaran langsung di Facebook pada 24 Julai 2021.
Nadir yang juga merupakan
Ketua Pegawai Eksekusif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza
Malaysia (CGM) menjelaskan pengurusan dana yang diterima CGM berikutan sesi
live Ebit Lew minggu lepas.
Nadir berkata RM20 juta tidak disumbangkan kepada CGM setiap tahun.
“Kalaupun masuk 20 juta rilek la bro, kita ambil 3% sahaja, itupun
untuk bagi kepada 13 orang staf kita yang berada di bumi Gaza dan untuk
uruskan pejabat kita.
“Takkan kita nak kerja secara percuma?” katanya.
Jelasnya, dana RM20 juta tersebut tidak hanya diuruskan oleh CGM di Gaza
tetapi diuruskan oleh koalisi anak-anak muda sebanyak 20 orang yang
mempunyai pengalaman dalam pengurusan dana.
Tambahnya, dana yang diterima CGM akan digunakan untuk projek segera
dan medium term (30%), infrastuktur (30%), dan projek mapan untuk
pusingan kewangan (40%).
Antara soalan lain yang dijawab adalah berkaitan perbandingan harga Lucky
Tours dan Miles of Smiles.
Nadir menjelaskan bahawa Miles of Smiles merupakan koalisi NGO manakala Lucky Tours adalah sebuah entiti bisnes yang diketuai
oleh anak kepada Presiden Mesir.
“Wang 10,000 Dollar itu merupakan wang komitmen yang mana kita bayar untuk
tunjukkan bahawa kita komited masuk ke dalam bumi Gaza untuk bagi bantuan.
“Orang yang lama tahu kalau bayar kepada Miles of Smiles, mereka akan
diberikan proposal yang lengkap, apa projek yang kalian akan bantu di bumi Gaza
nanti khususnya projek yang berkaitan perubatan,” ujarnya.
Bila disentuh tentang harga pek makanan CGM yang mahal, Nadir menjelaskan
beliau akan membuka open tender agar pihak luar dapat mencadangkan
senarai barangan di mana pihak CGM akan memilih tender yang terbaik.
“Kita punya jawatankuasa di sini akan check mana yang paling murah dan
berkualiti, barulah mereka ini akan dipilih untuk dibagi tender tersebut
kepada syarikat-syarikat,” tambahnya.
Sesi siaran langsung berdurasi dua jam itu diisi dengan latar belakang dan pelan
CGM, audit akaun CGM dari tahun 2015 sehingga 2019 serta
sesi soal-jawab antara Nadir dan netizen.
Untuk video penuh, boleh terus ke Facebook Nadir al Nuri.
-- Wide TV