Pemandu e-hailing Sandakan terjejas


Youtube Wide TV

MUHAMMAD EDDIN MOHAMAD YASIN
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN - PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan kini tidak dinafikan memberi banyak kesukaran buat warga marhaen. 

Dampak daripada PKP 3.0 ini dirasakan oleh rakyat di seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan khususnya di daerah Sandakan.

Golongan pemandu e-hailing antara yang terjejas semasa PKP 3.0 berlangsung. 

Pemandu e-hailing terpaksa mengehadkan jumlah penumpang sebagaimana yang telah ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP).

Situasi itu membuatkan penumpang menggunakan alternatif untuk tujuan pengangkutan agar dapat berjimat semasa pendemik. 

Perkara itu telah dikongsikan oleh salah seorang pemandu Maxim yang hanya mahu dikenali sebagai Ady pagi tadi.

Antara faktor pendapatan pemandu e-hailing terjejas kerana kurangnya orang ramai keluar rumah seperti sebelum ini selain SOP mengehadkan jumlah penumpang.

Diharapkan ada usaha selepas ini oleh mana-mana pihak membantu pemandu e-hailing keluar dari kekangan hidup sebegini, sebagaimana mana usaha yang telah dilakukan dalam membantu pengusaha dan pemandu bas mini dan bas berhenti-henti sebelum ini.

-- Wide TV