SANDAKAN – PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lintas Sibuga akan berkuat kuasa pada 15 Julai sehingga 28 Julai ini.
Tempoh PKPD tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob melalui kenyataan media yang disiarkan pada 13 Julai 2021.
Bersama PPR Lintas Sibuga, Kampung Telaga dan Kampung Pituru, Pitas
juga antara kawasan di Sabah yang akan melaksanakan PKPD selama 14 hari bermula
esok.
Ismail Sabri mengingatkan rakyat untuk terus menjaga
keselamatan dan kesihatan dalam memerangi pandemik Covid-19.
Dalam pada itu, Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang sepatutnya akan
mengakhiri tempoh perintah berkurung pada hari ini dilanjutkan sehingga 29 Julai.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata “orang ramai
yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri atau berada di kawasan
diisytihar antara jam 6 petang hingga jam 6 pagi”.
Katanya lagi “perintah ini diteruskan bagi memastikan kawasan
perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan
penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang
melawat pulau peranginan”.
ESSZONE terdiri daripada tujuh daerah, meliputi Sandakan, Beluran,
Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN.
-- MKN | Kosmo | Berita Harian