PPR Taman Mesra pula kena PKPD


Sumber daripada Twitter MKN

NURAIDAH MUHD TAHIR
admin@semarakniaga.com

SANDAKAN – PROJEK Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) esok, berikutan kenaikan kes positif di kawasan tersebut.

Pelaksanaan PKPD melibatkan tiga blok perumaha itu iaitu Blok 2, Blok 6 dan Blok 9 yang dikuatkuasakan selama 14 hari, bermula 16 Julai 2021 sehingga 29 Julai 2021.

Terdahulu, kerajaan telah mengarahkan pelaksanaan PKPD di PPR Taman Mesra sehingga 24 November, 2020.

Dalam sidang akhbar sebelumnya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, “KKM telah melaksanakan sebanyak 1,124 saringan dan 134 kes kumulatif positif Covid-19 telah direkodkan di kawasan tersebut”.

Katanya, “daripada jumlah itu, sebanyak 43 kes telah sembuh sepenuhnya dan masih terdapat 91 kes aktif Covid-19 di kawasan itu”.

Turut menjalani pelaksanaan PKPD bermula esok adalah – Kampung Jagoi Duyoh, Daerah Bau, Kuching (Sarawak); Kampung Lubak, Beufort (Sabah); Blok Angsana dan Blok Sumboi – Sumboi, Kampung Seberang Benoni, Papar (Sabah) dan Kampung Melalam Sipitang (Sabah).

Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN.

-- MKN | Sinar Harian